Isnin, Januari 11, 2021

Asal

Dari jauh nampak brader BMW sengih dekat aku depan lif.

Aku sengih balik, bunyi sikit "Heee...", buat ramah.

Masuk dalam lif, masing-masing tekan butang tingkat masing-masing.

"Baru balik?", brader BMW cuba memecah sunyi.

"Heh. Dak. Pi kedai tadi. Beli aiskrim kat budak-budak", balas aku sambil tunjukkan beg plastik di tangan.

"Ooo.. Eh? Orang utara jugak ka?"

"Ya, orang Kedah, Sungai Petani", aku senyum.

"Oo..", brader BMW macam kecewa bila aku tak tanya dia.


Sunyi balik.

"Orang utara jugak ka?"

"Ya. Seberang Jaya. Eh, dah sampai. Jumpak lagi! Assalamualaikum!", brader BMW hulur tangan untuk berjabat salam.

---

Dekat taman permainan, petang sebelum Maghrib.

Ada tiga keluarga - tiga bapa muda, masing-masing dengan dua anak kecil, asyik juga aku tengok keluarga sebelah, si bapa dengan anak perempuannya bercakap Inggeris, dengan tatabahasa yang serba salah, tiba-tiba Manal menangis, tengok-tengok dia tengah tahan nak jatuh dari tangga. Aku, adiwira dengan tangkas melompat menyelamatkan Manal.

Selamat.

"Eh. Ingat anak saya yang menangis, nampak lebih kurang", sapa bapa muda tadi dari belakang. Kemudian seorang kanak-kanak lelaki berambut persis Manal keluar dari bawah tangga.

"Eh. Orang Melayu jugak ka?", tanya aku, dalam hati.